Pulun - Dr. Mohd Daud Bakar (MDB)


Buku tulisan Dr. MDB ini boleh diklasifikasikan dalam kategori buku motivasi.

Buku ini sesuai untuk mengembalikan momentum yang hilang, sama ada kita pelajar, pekerja sektor awam dan swasta atau pesara. Ia akan membangkitkan semangat dan menyuntik rasa supaya kita tidak duduk diam. Bagi MDB kita adalah diari harian kita. Hendak lihat siapa kita, sama ada sifat ini ada dalam diri atau tidak maka periksalah diari atau jadual harian kita. Adakah ia dipenuhi dengan kerja kuat, berstrategi atau bagaimana.

Ia disampaikan secara santai dan ringan dengan cara berkongsi pengalaman peribadi dan kisah-kisah sebenar manusia yang berkarakter PULUN. 

Penulis buku ini bagi saya adalah insan yang sangat layak bercakap tentang tajuk PULUN ini. Peribadi beliau yang sangat gigih perlu sangat ditiru oleh anak bangsa kita yang mahu berjaya di persada antarabangsa.

ISI KANDUNGAN

MDB memulakan celotehnya dengan mengulas peribahasa Melayu 'Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya'.

Seterusnya beliau mengulas kenapa seseorang itu tidak mampu PULUN dalam kehidupan mereka.

Kemudian MDB menceritakan rangsangan bagi menjemput sifat PULUN supaya bersama kita.

MRI sifat pulun dalam diri sendiri. Dalam tajuk ini MDB menyenaraikan sifat-sifat yang akan kelihatan pada seseorang jika dia mempunyai sifat PULUN pada dirinya. Ia supaya kita berusaha agar sifat ini ada dan sebati dalam diri kita. Kenapa? Supaya kejayaan lebih mudah dijemput datang kepada kita. Pertamanya ialah...(bersambung)

Pelengkap pada PULUN adalah doa dan tawakal, minda yang berstrategik bukan semberono, kerja secara bersama atau berpasukan, MDB juga menekankan pembaca supaya sedayanya jangan mengulangi kesilapan sama walaupun sebanyak dua kali, kalau lebih lagilah tidak boleh diterima, dorongan dan sokongan ekosistem dan seterusnya berani mencuba dan berinovasi supaya terus releven dan sentiasa di depan.

Nota: Kandungan akan dikemaskini dari masa ke semasa mengikut kelapangan penulis...

Comments

Popular posts from this blog

Seni Berfikir Yang Hilang - Hasrizal Abdul Jamil