Pulun - Dr. Mohd Daud Bakar (MDB)
Buku tulisan Dr. MDB ini boleh diklasifikasikan dalam kategori buku motivasi. Buku ini sesuai untuk mengembalikan momentum yang hilang, sama ada kita pelajar, pekerja sektor awam dan swasta atau pesara. Ia akan membangkitkan semangat dan menyuntik rasa supaya kita tidak duduk diam. Bagi MDB kita adalah diari harian kita. Hendak lihat siapa kita, sama ada sifat ini ada dalam diri atau tidak maka periksalah diari atau jadual harian kita. Adakah ia dipenuhi dengan kerja kuat, berstrategi atau bagaimana. Ia disampaikan secara santai dan ringan dengan cara berkongsi pengalaman peribadi dan kisah-kisah sebenar manusia yang berkarakter PULUN. Penulis buku ini bagi saya adalah insan yang sangat layak bercakap tentang tajuk PULUN ini. Peribadi beliau yang sangat gigih perlu sangat ditiru oleh anak bangsa kita yang mahu berjaya di persada antarabangsa. ISI KANDUNGAN MDB memulakan celotehnya dengan mengulas peribahasa Melayu 'Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagu...