Posts

Pulun - Dr. Mohd Daud Bakar (MDB)

Image
Buku tulisan Dr. MDB ini boleh diklasifikasikan dalam kategori buku motivasi. Buku ini sesuai untuk mengembalikan momentum yang hilang, sama ada kita pelajar, pekerja sektor awam dan swasta atau pesara. Ia akan membangkitkan semangat dan menyuntik rasa supaya kita tidak duduk diam. Bagi MDB kita adalah diari harian kita. Hendak lihat siapa kita, sama ada sifat ini ada dalam diri atau tidak maka periksalah diari atau jadual harian kita. Adakah ia dipenuhi dengan kerja kuat, berstrategi atau bagaimana. Ia disampaikan secara santai dan ringan dengan cara berkongsi pengalaman peribadi dan kisah-kisah sebenar manusia yang berkarakter PULUN.  Penulis buku ini bagi saya adalah insan yang sangat layak bercakap tentang tajuk PULUN ini. Peribadi beliau yang sangat gigih perlu sangat ditiru oleh anak bangsa kita yang mahu berjaya di persada antarabangsa. ISI KANDUNGAN MDB memulakan celotehnya dengan mengulas peribahasa Melayu 'Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagu...

Seni Berfikir Yang Hilang - Hasrizal Abdul Jamil

Image
Ustaz Hasrizal atau lebih dikenali dengan Saiful Islam sebenarnya memperkenalkan dan seterusnya cuba mengajak pembaca supaya memberi perhatian kepada enam (6) cabang ilmu kepada pembaca seperti yang dicadangkan oleh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi dalam kitabnya Tsaqafah Al-Da'iyyah . Penguasaan cabang-cabang ilmu seperti yang dinyatakan sangat penting bagi beliau kerana ia akan membentuk kerangka berfikir atau cara fikir yang betul bagi menghadapi isu-isu sekitar kehidupan dengan lebih matang bagi mengelakkan kita hanyut dengan sentimen tanpa fakta yang sebenar... Bersambung...

Tafsir Juz 'Amma - Al-'Allamah Al-Adib Jama'in Abdul Murad

Image
Edisi Rumi Teks asal adalah dalam tulisan jawi dan telah disalin semula oleh Ustazah Noraine Abu ke dalam tulisan rumi dengan harapan supaya lebih ramai generasi kini boleh memanfaatkannya. Edisi Jawi Lama

Kenang-kenanganku di Malaya - HAMKA

Image
PENGENALAN  Dalam lembaran istimewa ini HAMKA berceloteh tentang kegembiraan beliau. Beliau sangat teruja apabila Tanah Melayu bakal bertatih dengan kakinya sendiri apabila diisytiharkan sebagai sebuah negara yang merdeka pada 1957. Rasa kasih dan sayang beliau kepada Semenanjung Tanah Melayu sama seperti kasih beliau kepada tanah airnya sendiri iaitu Indonesia. Bagi beliau,Tanah Melayu dan Indonesia ini seperti abang dan adik yang mana kita ini adalah serumpun dalam banyak aspek, sama ada keturunan, bahasa pertuturan, asal usul dan budaya. Dalam naskhah yang jarang diketahui ramai tetapi sangat bernilai ini beliau berkongsi pengalaman Indonesia sebagai abang yang terlebih dahulu makan garam. Bermula dengan penegasan tentang pentingnya mengekalkan identiti sebagai negara beridentitikan Kebangsaan Melayu-Islam, kedudukan agama Islam, peranan ulama, peranan raja-raja, persoalan asosiasi budaya, dan tamat dengan menekankan kepentingan meramaikan penduduk bangsa Melayu dan b...

Objektif

Blog ini akan digunakan oleh penulis sebagai nota dan catatan ringkas, serta untuk perkongsian (jika bermanfaat, dan semoga bermanfaat) bagi menarik minat orang lain (khususnya peminat buku)  kepada buku yang telah dibaca oleh penulis bermula Januari 2020. Isi kandungan dan struktur ayat dan tatabahasanya akan dikemaskni dan diperbaiki dari masa ke semasa bergantung kepada kelapangan masa penulis. Kita adalah apa yang kita baca... Teguran dan penambahbaikan sangat dialu-alukan oleh penulis.